perghh..
nasib baik aku sedar awal2
time aku anorexia dulu.
zaman kurus kering, berat 43kg. fat percentage 4% aje.
aku dapat tanda2 awal kerosakan badan anorexia.
iaitu keguguran rambut. pastu gigi aku nampak reput kesan dari aku jolok tekak untuk muntahkan makanan yang aku makan.
lepas tu rasa sejuk yang terlampau, kerap tidur.
badan sentiasa lemah menggigil kesan dari senaman yang terlampau.
ada lagi tanda2 terok, iaitu sampai gigi tertanggal pon ada.
tapi aku belum sampai tahap gigi tertanggal.
aku tersedar yang aku ni anorexia pasal ada satu masa, aku tengok kat cermin aku nampak yang aku ni kurus sangat.
terlampau kurus.
sampai seluar size laki pun tak ada tuk pinggang aku yang keding masa tu.
sebelum jadi lebih teruk sampai aku mati, baik aku naikkan sikit badan aku.
hehe.
walaupun susah, pasal bila nak start makan cam biasa balik, aku rasa sakit, pitam, nak muntah. aku pun tak tau kenapa.
nak jumpa doctor aku tak nak.
last2 aku paksa gak makanan tu masuk dalam badan walaupun aku rasa cam nak jolok je tekak ni keluarkan balik. dan pitam cam nak mati.
alhamdulillah sekarang berat aku dah ok kot.
49 kg.
so, pada sesiapa yang nak turunkan berat badan, jangan sampai terlampau obses dengan diet dan angka yang terpapar pada penimbang berat.
tak pun, tak payah diet langsung. senaman aerobik je dah cukup, pasal senaman aerobik menguatkan otot jantung dan paru2. so, risiko kena strok ke diabetes ke palancau ke kurang la.
ni pengalaman yang aku nak share kat kamu semua supaya korang tak terjebak jadi anorexic.
nasib baik aku tak sampai masuk wad pasal kurang zat makanan cam orang kat afrika dulu.
hehe.
No comments:
Post a Comment